[TERKINI] ADUN Tronoh Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah

27 Jul 2022 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong sebentar tadi telah didapati bersalah merogol bekas pembantu rumahnya.

Paul yang juga merupakan bekas EXCO kerajaan negeri ini telah didapati bersalah merogol wanita tersebut di sebuah bilik di rumahnya di Meru Desa Park di antara jam 8.15pm dan 9.15pm pada 9 Julai, 2019.

Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan selepas berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah, lapor FMT.

Paul Yong telah didapati bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan telah dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan.

image is not available

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 29 Jun sebagai tarikh keputusan namun ia ditunda ke 27 Julai ekoran kematian ibu kepada Paul Yong.

Sebentar tadi, Paul Yong telah tiba di mahkamah ditemani ADUN A.Sivasubramanian dan disambut oleh sekumpulan penyokong yang telah pun tiba di mahkamah seawal jam 8.30 pagi dengan laungan “Hidup Paul Yong” sebagai tanda sokongan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.