Terkini! Akhirnya Keputusan Bedah Siasat Dedah Punca Kematian Zara Qairina

14 Aug 2025 • 5:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Zara Qairina Kubur

Terbaru! Akhirnya bedah siasat mendedahkan punca kematian Allahyarham Zara Qairina dan perkara ini disampaikan sendiri Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar.

Menurut laporan Harian Metro, keputusan menunjukkan Zara mengalami kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.

Prosedur ini dijalankan pada 10 Ogos leoas dengan kehadiran tiga doktor, seorang dari Hospital Serdang dan dua lagi dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kenapa bedah siasat wajib dilakukan

image is not available

Mengulas isu pegawai perubatan yang tidak memohon bedah siasat pada awalnya, M. Kumar menegaskan ia merupakan langkah asas siasatan jika kematian menimbulkan keraguan.

Walaupun ada permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu.

Beliau turut menambah, pegawai penyiasat bertanggungjawab menasihati keluarga dan memastikan prosedur dijalankan bagi mendapatkan punca kematian yang tepat.

Keluarga Zara Qairina telah diberi penjelasan penuh

image is not available

M. Kumar turut memaklumkan bahawa semua dapatan sudah dijelaskan secara telus kepada keluarga dan difahami bahawa bedah siasat sepatutnya dilakukan segera selepas kematian bagi mengelakkan bukti forensik terjejas.

Pssttt! Dalam kes kematian yang mencurigakan, prosedur forensik seperti bedah siasat sangat penting demi keadilan. Biar pahit, kebenaran tetap perlu dicari.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.