[TERKINI] BN Kekal Sebagai Pembangkang, Tak Sokong PH & PN

Politics
22 Nov 2022 • 2:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut politk pasca PRU15 masih menjadi tanda tanya, walaupun Yang Dipertuan-Agong (YDPA) perkenan pemilihan serta pembentukan kerajaan baru haruslah ditetapkan tepat jam 2 petang hari ini.

Terbaru, Naib Presiden UMNO Ismail Sabri menyatakan parti Barisan Nasional tidak menyokong mana-mana parti baik Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) dan akan kekal sebagai pembangkang.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.” tulisnya ringkas.

Pun begitu, Presiden Warisan Shafie Apdal menerusi sebuah kenyataan di media sosial telah menyatakan sokongan terhadap pembentukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

image is not available

Shafie Apdal berkata parti itu memberi sokongan kepada kedua-dua gabungan itu kerana majoriti rakyat Malaysia telah mengundi mereka.

Berita lanjut menyusul.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.