TERKINI: Cipta Sejarah, Michelle Yeoh Wanita Asian Pertama Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar Ke-95

13 Mar 2023 • 11:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Michelle Yeoh bawa pulang Oscar-95 Pelakon Wanita Terbaik!

TERKINI: Cipta Sejarah, Michelle Yeoh Wanita Asian Pertama Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar Ke-95. Anugerah Akedemi Oscar ke-95 yang disiarkan secara langsung pada hari ini, telah meraih perhatian seluruh dunia kerana calonan pada tahun ini semuanya menarik dan hebat.

Baru sahaja diumumkan sebentar tadi, Michelle Yeoh telah berjaya membawa pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar ke-95 pada tahun 2023 hasil lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once. Beliau telah dicalonkan dalam kategori ini baru-baru ini dan telah membawa pulang Anugerah berkenaan.

Berdepan dengan saingan hebat iaitu Andrea Riseborough, membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde),

image is not available
TERKINI: Cipta Sejarah, Michelle Yeoh Wanita Asian Pertama Bawa Pulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar Ke-95

Kejayaan terbesar milik Michelle Yeoh

Kejayaan ini bukan sekadar kejayaan terbesar bagi Michelle Yeoh, malah ia telah mencatat sejarah perfileman dunia di mana beliau menjadi Wanita Asia Pertama Memenangi Anugerah Oscar!

Debaran pada saat akhir ini telah membuat orang ramai bersorakan gembira terutamanya warga Malaysia kerana pelakon berbakat yang berasal dari Ipoh Perak ini telah membawa nama negara ke pentas Oscar!

image is not available
Tan Sri Michelle Yeoh saat menerima anugerah Oscars 2023. Sumber: ABC

Sebelum ini, Michelle Yeoh juga telah mencatat sejarah dengan membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik di Screen Actors Guild (SAG) Awards selepas memenangi trofi Golden Globe Awards, baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh!

Lagi cerita menarik di sini: