[TERKINI] Ismail Haniyeh Syahid Akibat Serangan Udara Di Tehran

31 Jul 2024 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu berita duka buat umat Islam sedunia pagi ini apabila ketua politik pasukan pejuang Palestin H4m4s, Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.

Pimpinan H4m4s dalam satu kenyataan berkata, mereka mengesahkan Ismail dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.

image is not available

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan Ismail terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

Kenyataan itu juga berkata, siasatan berhubung pembunuhan pemimpin H4m4s itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Setakat ini juga tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

Pada masa yang sama, Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) memuat naik posting berkenaan pemergian Ismail bersama pesanan daripada pejuang H4m4s.

Gerakan Pejuang Islam, H***S melaporkan kepada rakyat Palestin yang agung, umat Arab dan Islam serta kepada semua pencinta kebebasan di dunia:

“Saudara kami, Ismail Haniyeh telah syahid akibat serangan udara pengecut Zionis di kediamannya di Tehran setelah beliau menghadiri upacara pelantikan presiden Iran yang baru.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sesungguhnya ini adalah jihad, kemenangan atau syahid,” tulisnya.

Al fatihah…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.