TERKINI Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

LocalEntertainment
5 Apr 2025 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari ini, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi sudah pun kembali bergelar suami buat wanita pilihan hatinya.

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram Story @munstara.event, ia memaparkan Jofliam dan isteri barunya iaitu Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi duduk di atas pelamin selepas sesi akad nikah selesai.

Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai.​

image is not available

Sebelum ini, tular di platform media sosial memaparkan satu kad kahwin yang didakwa milik Jofliam dan Dewi.

Dalam kad tersebut, tertera nama kedua-dua pihak beserta tarikh pernikahan mereka yang sudah berlangsung pada hari ini.

image is not available 2 weeks ago

Kad Kahwin Tular, Jofliam Bakal Tamatkan Zaman Duda April Ini Bersama Dewi? - "Nikah Dekat Tempat Lelaki Ke.."