Terkini: “Kaki Memang Menggigil & Hati Meronta-Ronta" – Faisal Halim

13 Jun 2024 • 3:17 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pemain Selangor, Faisal Halim, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dirinya dan keluarga sepanjang dirinya dalam proses pemulihan sejak insiden disimbah asid.

"Saya ingin berterima kasih kepada RMS kerana menjaga keberadaan saya dan keluarga saya. Terima kasih Selangor yang banyak memberi dorongan kepada saya dan seluruh pengurusan Selangor.

"Ahli keluarga ynag banyak membantu dan kekal tabah dan rakan pasukan yang ada dengan saya sejak hari pertama. Isteri dan anak yang lalui perkara pahit ini bersama-sama hingga saya mampu kembali bersama anda semua hari ini, saya ucapkan terima kasih kepada semua warga hospital Aviesina.

"Terima kasih banyak mengadakan majlis doa selamat buat saya, saya doakan Allah berikan ganjaran kepda anda. 

"Bukan mudah terlantar di rumah hanya melihat pasukan Selangor dan Malaysia bermain bola, semestinya kaki memang menggigil dan hati meronta-ronta. Sekarang saya hanya fokus dalam proses pemulihan.

"Saya harap orang ramai dan media tidak membuat andaian melampau terhadap saya. Saya mohon semua pihak berikan privasi dan ruang untuk keluarga saya. Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku. Kita tidak boleh ubah perkara yang sudah berlaku, hanya boleh ubah masa depan.

"Harapan saya untuk berbakti buat kelab dan neagra, saya harap si pelaku ditangkap dan didakwa. Selamat berjuang buat pasukan. Insyaallah saya akan kembali buat pasukan," kata Faisal Halim.

Sumber: Stadium Astro

Korang dah tengok The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.