Terkini: Korea Selatan selepas dibadai ‘Taufan Hinnamor’

6 Sep 2022 • 7:20 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

GYEONGJU: Ribut taufan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2 rakyat mereka maut.

Bukan itu sahaja, taufan yang dikenali sebagai ‘Taufan Hinnamor’ itu telah mengakibatkan kebakaran sebuah loji logam dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Berdasarkan laporan Meteorlogi negara itu, ribut berkenaan terbentuk minggu lalu dan bergerak merentasi Asia Timur, putarannya yang semakin laju merentasi barat laut Pasifik dengan membawa hujan lebat ke bahagian Pulau Jeju yang merupakan pusat pelancongan negara itu.

image is not available

Bukan itu sahaja, taufan ini juga turut mengakibatkan banjir di bandar Pohang yang merupakan kawasan pelabuhan dan pangkalan pembuatan keluli negara tersebut.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah mengadakan mesyuarat tergempar di pusat pengurusan krisis bagi menyemak kerosakkan daripada taufan berkenaan.

Foto-foto ini memperlihatkan keadaan wilayah tenggara Korea Selatan selepas dilanda Taufan Hinnamor

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved