Kanak-kanak Palestin jatuh pengsan diserang strok haba ketika ditahan rejim Israel

5 Sep 2022 • 10:58 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

HEBRON: Seorang kanak-kanak Palestin jatuh pengsan pada hari Ahad selepas dia diserang strok haba ketika ditahan oleh askar Israel di kawasan Masafer Yatta, selatan Hebron, di Tebing Barat lapor agensi rasmi Palestin WAFA.

Rateb Jabour, seorang aktivis Palestin memberitahu bahawa askar Israel secara kejam telah menahan sekumpulan aktivis antarabangsa di kampung Fakhit di wilayah Masafer Yatt semasa mereka mengedarkan alat tulis kepada pelajar.

Tentera zionis itu turut menahan beberapa kanak-kanak yang mengiringi aktivis tersebut.

Tambah Rateb lagi kanak-kanak yang ditahan telah dikelompokkan dibawah terik matahari selama beberapa jam.

Ini telah menyebabkan salah seorang kanak-kanak iaitu Sinmar Le’mour diserang strok haba hingga pengsan.

Aktivis antarabangsa melawat wilayah tersebut untuk menyatakan pendirian mereka menyokong penduduk setempat dan menggesa pihak Israel untuk menghentikan pencerobohan ke atas wilayah tersebut.


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia