Terkini Mengenai Kes Vivy Yusof Dan Suami Yang Didakwa Pecah Amanah RM8 Juta

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2025 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia vivy Yusof

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menetapkan 15 hari bermula April 2026 untuk perbicaraan kes pecah amanah melibatkan pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Menurut laporan Kosmo, tarikh perbicaraan adalah 13  hingga17 April 2026, 18 hingga 22 Mei 2026 dan 8 hingga 12 Jun 2026

Tarikh pengurusan kes pula ditetapkan pada 27 Oktober 2025. Kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah kerana telah mendapat pengecualian.

Vivy Yusof didakwa pecah amanah dana pelaburan RM8 juta

image is not available

Pasangan itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta.

Mereka sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn. Bhd. didakwa memindahkan dana syarikat ke akaun 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Kesalahan ini dikatakan berlaku pada 21 Ogos 2018 di sebuah bank di Plaza Damansara, Bukit Damansara.

Boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara jika sabit kesalahan

image is not available

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 2 tahun dan maksimum hingga 20 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pasangan itu telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada 5 Disember tahun lepas.

Pssttt! Dalam dunia perniagaan, kepercayaan dan ketelusan adalah segalanya. Apa sahaja bentuk amanah, pastikan ia dijaga kerana bila tersilap langkah, maruah dan masa depan boleh tergadai.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.