[TERKINI] PM Umum Parlimen Bubar Berkuatkuasa Hari Ini

Politics
10 Oct 2022 • 3:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebentar tadi Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran parlimen berkuatkuasa hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika sesi Perutusan Khas Perdana Menteri kira-kira pukul 3 petang tadi di Perdana Putra, Putrajaya.

image is not available

Menurut Sinar Harian, Dato’ Sri Ismail Sabri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Tengahari Ahad bagi memohon perkenan pembubaran parlimen, sejurus sebelum baginda berangkat ke London pada malam Ahad.

Difahamkan senario pembubaran parlimen ini lebih kurang sama dengan tahun 1999 yang ketika itu dibawa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada waktu itu, parlimen dibubarkan selepas pembentangan bajet dibuat. Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengumumkan pembubaran parlimen pada 10 November 1999 iaitu selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober tahun sama, lapor Astro Awani.

Berita lanjut menyusul.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.