(TERKINI) PRN Melaka : BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 24 Daripada 28 Kerusi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga selepas memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perkara itu pada awalnya diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, kira-kira 8.30 malam tadi secara tidak rasmi.

Advertisement

BN-PN Raih Majoriti Dua Pertiga

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.

BN-PN turut secara tidak rasmi memenangi kerusi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan Ayer Molek.

Sekitar jam 9 tadi, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kemenangan mudah pakatan BN dan Perikatan di Melaka dengan majoriti mudah 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

ds

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat kerusi DUN setakat 8.20 malam.

Empat kerusi berkenaan ialah Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Dengan kemenangan 24 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN, BN-PN secara  rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Perkembangan keputusan PRN Melaka terus menjadi tumpuan susulan persaingan antara BN-PN dan PH pada pilihan raya negeri kali ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: (TERKINI) PRN Melaka : BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 24 Daripada 28 Kerusi2026-11-12 14:04:23

Najib Boleh Tinggal Bersama Isteri & Anak Menantu, Pernah Mohon Satu Lagi Kediaman Namun Ditolak - Saifuddin Nasution

 

The post (TERKINI) PRN Melaka : BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 24 Daripada 28 Kerusi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved