
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan dengan larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti telah DILULUSKAN selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen. Seramai 209 Ahli Parlimen bersetuju sementara 11 Ahli Parlimen tidak hadir.
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas selesai kiraan dibuat pada jam 5.12 petang.
Rang Undang-Undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti DILULUSKAN selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
209 Ahli Parlimen Setuju, 11 Ahli Parlimen Tidak Hadir.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 28, 2022
Keputusan yang dinanti-nantikan itu disampaikan selepas perkara ini dibahas selama dua hari oleh 54 ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik daripada pihak kerajaan dan juga pembangkang.
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama di Dewan Rakyat.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
