Terkini! Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 Dibatalkan

Politics
21 Dec 2022 • 3:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa sambutan ambang tahun baru 2023 di Dataran Merdeka dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan selepas Anwar mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Putrajaya hari ini.

Beri tumpuan

image is not available

Anwar berkata demikian kerana mengambil kira beberapa negeri yang telah dilanda musibah banjir.

Oleh kerana keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kerajaan putuskan sambutan besar-besaran ambang tahun baru 31 Disember di Dataran Merdeka dibatalkan.

Perdana Menteri itu memaklumkan tumpuan mesyuarat hari ini adalah kepada isu banjir di Kelantan dan Terengganu, dan beliau juga memberitahu akan ke Kelantan pada petang ini bagi meninjau situasi semasa.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media