Terkini! Seorang Lelaki Maut Dalam Kejadian Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh

1 Aug 2022 • 11:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebentar tadi kami melaporkan terdapat satu kejadian dimana sebuah pesawat ringan didapati terhempas di Medan Gopeng, Ipoh malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, terdapat dua mangsa yang terlibat dan salah seorang daripadanya iaitu jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52 tahun maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang berusia 62 tahun mengalami kecederaan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Kita percaya mereka terbang lebih awal dari sebelum kejadian itu namun belum dapat dipastikan sama ada mereka sedang menjalani latihan atau sebaliknya.

Untuk mengatakan kejadian disebabkan faktor cuaca, keadaan cuaca ketika polis sampai di tempat kejadian adalah baik. Jadi, punca masih dalam kejadian.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat. Takziah diucapkan buat keluarga mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.