Terkini: Taman Tema Genting Highlands Dilapor Terbakar

14 Jun 2024 • 6:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di taman tema Genting Skyworlds (outdoor), Genting Highlands sekitar jam 4.55 petang, Jumaat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.
 
"Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden," kata jurucakap ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
 
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 5.18 petang.
 
Menurut kenyataan itu, empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh 16 anggota masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.
 
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang menambah, kebakaran melibatkan bangunan di tingkat dua Taman Tema itu sebelum merebak ke tingkat empat.