[TERKINI!] Terbuka Hong Kong: Man-Tee juara lagi! Kali ini tumbangkan gandingan Indonesia

22 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

[TERKINI!] Terbuka Hong Kong: Man-Tee juara lagi! Kali ini tumbangkan gandingan Indonesia

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali lagi bergelar juara apabila mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong dengan menumbangkan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, dalam aksi final di Kai Tak Sports Park sebentar tadi.

Gandingan negara itu kembali digandingkan dan muncul juara Terbuka Perancis dengan menewaskan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final pada 25 Oktober lalu dan tidak sampai sebulan, mereka sekali lagi menggenggam kejuaraan.

Man-Tee bermula perlahan pada awal set pertama tetapi menuju ke pertengahan permainan mereka mula mempamerkan penguasaan untuk mencatatkan kemenangan 21-19.

Rentak berbeza dipamerkan mereka dalam set kedua sehingga pada satu ketika jauh mendahului 14-4.

Kelebihan besar itu memberikan mereka lebih keselesaan untuk mengawal rentak permainan sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 21-18  selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved