[TERKINI] Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Polis Sahkan Mayat Mangsa Terakhir Sudah Dijumpai

24 Dec 2022 • 5:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah lebih seminggu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di lokasi terjadinya kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong, hari ini, mayat mangsa terakhir telah berjaya ditemukan.

Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Twitter Bernama dan telah disahkan polis.

Mayat mangsa ke-31 yang juga seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 11 tahun ditemukan di Sektor A pada jam 4.50 petang tadi.

image is not available

Difahamkan, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Untuk rekod, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali – Gohtong pada 16 Disember lalu.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi terbabit telah mengorbankan seramai 31 orang termasuklah kanak-kanak. Manakala 61 yang lain berjaya diselamatkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.