[TERKINI] Zahid BEBAS Dari Semua Pertuduhan!

Politics
23 Sep 2022 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dibebaskan dari 40 pertuduhan menerima rasuah dari syarikat untuk melanjutkan kontrak sistem visa asing (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa membuat keputusan ini selepas pihak pendakwa raya gagal mewujudkan kes prima facie terhadap presiden Umno itu, lapor FMT.

image is not available

Zahid sebelum ini telah dituduh atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta (RM42 juta) dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk menyambung kontrak firma tersebut sebagai pengendali pusat sehenti di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak untuk pembekalan sisterm bersepadu VLN.

Selain itu, presiden Umno ini juga turut didakwa atas tujuh pertuduhan lain iaitu memperolehi untuk dirinya sendiri sebanyak S$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan AS$15,000 berhubung tugasan rasminya.

Kesalahan ini didakwa telah dijalankan di Seri Satria, Presint 16 Putrajaya dan di Country Heights, Kajang sepanjang Oktober 2014 dan Mac 2018.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.