Terkunci Di Dalam Kereta, Lelaki Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Myvi Di Sabah

28 Jun 2024 • 12:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tragedi di tempat letak kereta, lelaki pengsan dalam Myvi di Kota Kinabalu

Terkunci Di Dalam Kereta, Lelaki Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Myvi Di Sabah. Seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta Perodua Myvi yang terkunci di tempat letak kereta bawah tanah City Mall pada hari Khamis.

Empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Balai Lintas segera bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 12.35 tengah hari.

image is not available
Terkunci Di Dalam Kereta, Lelaki Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Myvi Di Sabah

Menurut laporan, pasukan Pusat Operasi JBP Sabah tiba dalam masa sembilan minit dan mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat khas.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perkhidmatan kecemasan perubatan penyelamat JBP sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2. Operasi berakhir pada pukul 1.05 petang.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kereta Myvi: