Terlalu Cepat Menduakan Siti Sarah, Abang Arwah Tampil ‘Backup’ Shuib – “Makin Merapu Kome Ni!”

Entertainment
26 Jun 2023 • 5:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas mendirikan rumah tangga baharu, pelawak dan penyampai radio iaitu Shuib telah didakwa terlalu cepat menemui pengganti Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Bukan itu sahaja, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dituduh tidak setia dan menduakan arwah.

Tampil mempertahankan adik iparnya, abang kepada arwah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin membalas dakwaan netizen.

Makin lama makin merapu kome ni!!

Bukan itu sahaja, Firdous juga meminta netizen untuk merujuk semula tentang hukum-hakam agama sebelum menabur fitnah.

Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama.

Dalam pada itu, abang ipar pelawak itu turut menyertakan video ceramah daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai hubungan suami selepas kematian isteri.

Kalau isteri mati dulu, memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tak kira sampai empat sekali pun.

Berbeza pula sekiranya si suami meninggal dunia dahulu dan isterinya masih tidak berkahwin, maka mereka akan kekal menjadi pasangan suami isteri sehingga ke syurga.

@ahamdfirdousraissuddin

Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily

? original sound – ahmadfirdousraissuddin – ahmadfirdousraissuddin

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Yeke Kali Pertama? Sebelum Ni Macam.." - Kapsyen Main Golf Bersama Dipersoal, Tapi Ibu Shuib Tak Diam Diri