Terlalu ramai! Anak muda Kelantan banjiri kelab malam di Golok untuk berhibur

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 11:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Membimbangkan! Ramai anak muda Kelantan banjiri kelab malam di Golok, Thailand untuk berhibur setiap kali hujung minggu iaitu pada malam Jumaat dan Sabtu.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, kebanyakan mereka yang berkunjung ke negara jiran itu akan menggunakan laluan haram, termasuk ada di kalangan mereka baru berusia belasan tahun.

image is not available

Anak muda Kelantan banjiri kelab malam

Beliau berkata, maklumat berkenaan disampaikan sendiri oleh rakan sejawatannya yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Katanya lagi, kebanjiran golongan itu telah menyebabkan ada dalam kalangan mereka perlu menunggu giliran untuk memasuki kawasan berkenaan sebelum berhibur.

“Saya dapat maklumat, orang dari Kelantan perlu tunggu ‘syif’ (giliran) untuk masuk ke kelab atau pub. Orang keluar dahulu, baru boleh masuk ke dalam.
“Memang penuh dan terlalu ramai. Hari biasa pun ramai apa lagi hujung minggu.
“Semua pihak tidak boleh buat apa kerana kerajaan Thailand tidak menyekat (masuk melalui laluan tidak sah),” katanya.

image is not available

Mohd. Yusoff berkata, kebanyakan mereka akan ke Golok pada petang Khamis sebelum pulang semula ke Kelantan pada Sabtu.

Tambah beliau, golongan yang gemar berhibur di kelab malam itu turut disyaki meletakkan kenderaan mereka di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke negara berkenaan.

“Mereka akan parkir kenderaan di Rantau Panjang dan memilih laluan haram dengan menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand berbanding menggunakan laluan sah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, pihaknya tidak boleh mengekang kemasukan rakyat Kelantan ke Thailand untuk berhibur dengan menggunakan laluan haram, memandangkan negara berkenaan tidak menyekat kemasukan warga asing secara tidak sah.

“Semua pihak tidak boleh buat apa kerana kerajaan Thailand tidak sekat. Jika perkara itu berlaku di Malaysia (rakyat asing datang berhibur), pihak berkuasa boleh menangkap mereka mengikut Akta Imigresen.
“Oleh yang demikian, agak sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya Kelantan untuk berhibur di Golok,”jelasnya.

image is not available

Dalam pada itu, beliau memaklumkan isu berkenaan baru dibincangkan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berhubung kunjungan anak muda dari Kelantan ke kelab malam di Golok.

Sumber: TikTok malaysiagazette