Terlalu Ramai Pesakit, HUS Keluar Notis Hanya Terima Kes Kritikal Dan Tenat Sahaja

22 Feb 2023 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hospital Umum Sarawak keluarkan notis pemberitahuan jumlah pesakit terlampau banyak.

Terlalu Ramai Pesakit, HUS Keluar Notis Hanya Terima Kes Kritikal Dan Tenat Sahaja. Salah satu hospital kerajaan yang utama di Sarawak iaitu Hospital Umum Sarawak (HUS) telah mengeluarkan sebuah notis pemberitahuan.

Perkara ini dikongsikan oleh Facebook Sarawak Roads Update, di mana pihak jabatan di HUS kini sedang beban pesakit kecemasan yang terlampau banyak.

image is not available
Terlalu Ramai Pesakit, HUS Keluar Notis Hanya Terima Kes Kritikal Dan Tenat Sahaja. Sumber foto: FB Sarawak Roads Update

Pesakit terlalu ramai

Dalam notis berikut, dikatakan bahawa jabatan kecemasan buat masa kini telah menerima terlalu ramai pesakit dan perlu memberi perhatian yang rapi kepada para pesakit tersebut.

Untuk masa kini, pihak kecemasan terpaksa mengutamakan kes-kes kritikal dan tenat sahaja.

image is not available

Buat pesakit yang bukan kes kecemasan

Buat para pesakit yang bukan merupakan kes kecemasan, pihak HUS meminta untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang lain.

Buat anda di luar sana, sentiasa peka dalam hal sebegini untuk mengelakkan daripada sebarang ketidakselesaan buat anda nanti.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved