Terlalu Sempurna! Cik B Tersentuh Lihat Layanan Fazley Terhadap DSV - "Saya Berusaha Cari Salah Untuk..."

11 Nov 2026 • 11:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Terlalu Sempurna! Cik B Tersentuh Lihat Layanan Fazley Terhadap DSV - "Saya Berusaha Cari Salah Untuk..."

Personaliti media sosial, Cik B mengakui pernah mempunyai perasaan kurang senang terhadap hubungan ibunya, Datuk Seri Vida bersama cef selebriti, Datuk Fazley YaakobCik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sebelum ini pernah bersungguh-sungguh mencari kesalahan dan kekurangan Fazley bagi menghalang DSV daripada menjalinkan hubungan cinta dengannya. “Sejujurnya, saya memang bersungguh-sungguh mencari salah silap Dida. Saya mahu buktikan kepada Mama supaya jangan bercinta dengan Dida. “Sebenarnya saya memang ada masalah kepercayaan. Dida memang baik dan semuanya, tetapi saya yang bermasalah. Saya yang menjadi masalah. Ya, saya cakap saya berperang dengan diri sendiri tadi. Saya tak tahulah, biasalah darah muda. Tetapi tak boleh salahkan itu juga. Asalkan Mama gembira, saya pun gembira," katanya kepada Gempak. Bagaimanapun, tanggapan Cik B terhadap Fazley atau lebih mesra disapa sebagai Dida mula berubah apabila melihat sendiri cara lelaki itu menjaga dan melayani ibunya.Menurut Cik B, layanan Dida terhadap ibunya bukan seperti pasangan kekasih biasa kerana lelaki itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.“Sebelum ini saya tak pandang segala usaha Dida sebab saya rasa saya pun boleh buat. Tetapi usaha Dida malam ini, saya tak boleh buat.“Dia terlalu sempurna. Maksud saya, susah untuk mencari salah silap dia sebab cara dia menjaga Mama dan melayan Mama bukan seperti pasangan biasa.“Saya lihat Dida ini seorang yang sangat gentleman dan family person. Jadi, saya rasa dia sangat sempurna untuk Mama. Dan Dida memilih Mama, itu membuatkan saya berbesar hati," ujarnya. Terdahulu, Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved