“Terlena tunggu orang beli nasi lemak…” – Kisah Makcik Jual Nasi Lemak Undang Sebak Netizen

Entertainment
19 Aug 2025 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai orang di dunia ini ingin mencari rezeki yang halal. Namun bukan semua orang berkemampuan untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa.

Kisah makcik yang menjual nasi lemak di tepi jalan ini mendapat perhatian dan mengundang sebak di hati netizen. Sebuah hantaran di TikTok tular memaparkan gambar seorang makcik yang terlena sewaktu menjual nasi lemak di Pulau Pinang.

Hantaran tersebut mendapat 251,000 tontonan di TikTok. Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @_kakpinat itu menyeru penduduk yang tinggal berdekatan Simpang Tiga Ara Kuda, Pulau Pinang untuk datang membeli nasi lemak jualan makcik itu yang berharga RM1.50.

image is not available

Di dalam kapsyen hantaran itu juga ada tertulis, perniagaan makcik itu kurang mendapat sambutan sejak beberapa hari ini. @_kakpinat turut mengajak orang ramai yang datang untuk membeli nasi lemak makcik itu walaupun sebungkus.

“Makcik meniaga buat 2kg beras sahaja. Atas meja tu baru ada seorang pembeli. Dalam tong nasi tu ada lagi nasi. Ini kejadian semalam. Adat berniaga. Saya faham, tapi pergilah support makcik tu. Saya sedih tengok dia terlena macam tu.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban makcik ini. Malah, ada yang kata mereka teringat pada mak sendiri apabila nampak makcik yang berumur masih gigih mencari rezeki.

image is not available image is not available

image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article