Terlepas Penerbangan Akibat ‘Delay’, Gadis Sabah Ini Menangis Tiket Baharu Cecah RM600+

17 Apr 2023 • 10:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Saya tahu sudah saya takkan sempat apabila saya touchdown KLIA.”

Terlepas Penerbangan Akibat ‘Delay’, Gadis Sabah Ini Menangis Tiket Baharu Cecah RM600+. Bayangkan betapa marahnya rasa apabila anda terlepas penerbangan pulang melalui transit kerana penerbangan kena delay, terutamanya selepas membelanjakan begitu banyak wang untuk membeli tiket penerbangan anda.

Inilah yang menimpa gadis Sabah ini apabila dia tidak dapat terbang pulang ke Sabah kerana terlepas penerbangan ketika dalam penerbangan transit dan lebih memburukkan keadaan, harga tiket penerbangan melambung sehingga hampir ribuan.

image is not available
Terlepas Penerbangan Akibat ‘Delay’, Gadis Sabah Ini Menangis Tiket Baharu Cecah RM600+

Penerbangan permulaan kena delay dan menyebabkan penerbangan transit ke Sabah terlepas

Kisah itu dikongsi di TikTok oleh pengguna @abbywhooo (Abby) di mana dia merakamkan dirinya terkandas di KLIA. Menurutnya, dia terpaksa menggunakan penerbangan transit ke Sabah melalui Kuala Lumpur kali ini berikutan penerbangan biasa sebelum ini habis dijual.

Namun, penerbangan pertamanya ke Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines telah ditangguhkan dan mengakibatkan dia terlepas penerbangan transitnya ke Sabah. Menurutnya, dia menangis sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur kerana mengetahui dia akan terlepas penerbangan transitnya.

image is not available
Abby terlepas penerbangan transit ketika dalam perjalanan ke KLIA. Gambar sekadar hiasan.

Ia difahamkan Abby dan kakaknya akan pulang ke Sabah pada hari yang sama tetapi melalui penerbangan berbeza. Apabila dia bertanya sama ada penerbangan kakaknya mempunyai tempat duduk kosong, tiada kekosongan tersedia kerana semua penerbangan telah fully booked dan Abby terpaksa membeli tiket penerbangan baharu daripada Malaysia Airlines.

Malangnya, penerbangan paling murah yang ada berharga RM641 (tiket sehala sahaja), dengan penerbangan selebihnya mencecah RM1,000 ke atas. Yang lebih menyedihkan, Abby sudah membelanjakan RM800+ untuk penerbangan asalnya ke Sabah dan boleh difahami, dia mungkin berasa bersalah kerana membebankan keluarganya.

Si ibu membenarkan pembelian tiket mahal itu, tetapi situasi itu menunjukkan realiti warga Sabah dan Sarawak yang hendak pulang semasa musim perayaan

Walaupun harga yang tidak masuk akal, ibu Abby memberitahu Abby untuk meneruskan pembelian tiket tersebut kerana ‘duit boleh dicari, asalkan dia selamat sampai’. Abby mengakhiri videonya dengan berkata “susah sangat menjadi orang Sabah yang tinggal di sini (Semenanjung Malaysia)”.

image is not available
Ibunya membenarkan Abby untuk membeli tiket mahal itu. Kredit: TikTok @abbywhooo

Situasi yang dikongsikan Abby menjelaskan realiti warga Sarawak dan Sabah yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan betapa besarnya beban kewangan untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

Sampai bila warga Sabah dan Sarawak terbeban dengan harga tiket macam ni semasa musim perayaan? Semoga masalah ini dapat diselesaikan kerana ia tidak dinafikan ramai terbeban dengan harga sebegini.

Harga tiket penerbangan KL – Tawau sahaja dah boleh cecah RM5k:

Yang ini pula dari Sarawak ke Sabah pun boleh makan kos sehingga RM1k: