Terlerai sudah kasih

EntertainmentLifestyle
1 Jan 2025 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyanyi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adna Abu atau Datuk Red, 46, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Pasangan itu sebelum ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat anak.

image is not available
Aktor Hisyam Hamid, 39, akhirnya mengakui perkahwinannya dengan Rosmawati Hanafi yang dibina hampir 20 tahun lalu sudah pun terlerai. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 17 dan 15 tahun.

image is not available
Pasangan kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas keretakan rumah mereka tidak lagi dapat diselamatkan setelah Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat dan curang.

image is not available
Walaupun sudah mengaku tidak tinggal sebumbung, perceraian yang berlaku di antara Nora Danish dan Nedim Nazri tetap mengejutkan ramai.

image is not available
Ikatan perkahwinan selama hampir tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

image is not available
Emma Maembong mengakui sudah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara baik dan sudah selesai menjalani tempoh idah. Perkahwinan mereka sebelum ini dikurniakan dua anak masing-masing berusia 3 tahun dan 17 bulan.

image is not available
Pengarah, Que Haidar, 45, mengesahkan ikatan perkahwinannya selama 15 tahun dengan Linda Jasmine, 52, sudah terlerai sejak 2 Julai lalu.

image is not available
Rumah tangga penyanyi, Kaka Azraff, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu menerusi lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

TAHUN 2024 dikejutkan dengan perceraian ramai pasangan selebriti. Ada antara pasangan itu sudah diketahui keretakan rumah tangganya, tidak kurang juga yang sudah lebih 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, tetapi kecundang juga ditelan arus ujian.

Bagaimanapun ada juga pasangan yang tampak bahagia tetapi akhirnya mengumumkan sudah selesai menjalani tempoh iddah.

Tiada siapa yang impikan untuk berpisah tatkala sudah bergelar suami isteri, tetapi pada akhirnya terpaksa memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Berikut pasangan selebriti yang memilih untuk meletak titik noktah dalam perkahwinan mereka tahun ini.

24 April

Adira, Datuk Red bercerai

Penyanyi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adna Abu atau Datuk Red, 46, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Pasangan itu sebelum ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat anak.

23 Mei

Perkahwinan Hisyam Hamid berakhir

Aktor Hisyam Hamid, 39, akhirnya mengakui perkahwinannya dengan Rosmawati Hanafi yang dibina hampir 20 tahun lalu sudah pun terlerai. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 17 dan 15 tahun.

13 Jun

Aliff Aziz, Bella sah bercerai

Pasangan kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas keretakan rumah mereka tidak lagi dapat diselamatkan setelah Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat dan curang.

19 Jun

Nora Danish, Nedim berpisah cara baik

Walaupun sudah mengaku tidak tinggal sebumbung, perceraian yang berlaku di antara Nora Danish dan Nedim Nazri tetap mengejutkan ramai. Pasangan itu bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

25 Julai

Harith Iskander kembali solo

Tiada persefahaman menjadi punca utama perceraian pelawak Harith Iskander, 58, dan Dr Jezamine Lim, 41, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata berusia 9, 11 dan 14 tahun.

4 September

Syamsul Yusof lepaskan Ira Kazar

Tidak sampai dua tahun bergelar suami isteri, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor selepas Ira melanggar taklik sebanyak lima kali melalui hantaran di media sosial dan tempoh idah bermula pada tarikh pelanggaran taklik, iaitu 14 Ogos 2024.

7 Oktober

Ikatan Fatah Amin, Fazura terlerai

Ikatan perkahwinan selama hampir tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

7 Oktober

Emma Maembong buat pendedahan

Tiada angin, tiada ribut, aktres berdarah kacukan, Emma Maembong mengakui sudah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara baik dan sudah selesai menjalani tempoh idah. Perkahwinan mereka sebelum ini dikurniakan dua anak masing-masing berusia 3 tahun dan 17 bulan.

15 Oktober

Fazley Yaakob bercerai

Penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu. Fazley dan Azrene masih mengekalkan hubungan baik demi empat anak mereka berusia 7, 13,14 dan 15 tahun.

27 Oktober

Que Haidar, Linda Jasmine berpisah

Pengarah, Que Haidar, 45, mengesahkan ikatan perkahwinannya selama 15 tahun dengan Linda Jasmine, 52, sudah terlerai sejak 2 Julai lalu.

28 Oktober

Suami Kaka Azraff lafaz cerai

Rumah tangga penyanyi, Kaka Azraff, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu menerusi lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.