
Semalam, kecoh di media sosial apabila selebriti serba boleh, Alif Satar dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan motosikal.
Memetik laporan Harian Metro, kemalangan berlaku di sekitar kawasan Hartamas, Kuala Lumpur ketika penyanyi tersebut dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat apabila motosikal yang ditunggang oleh Alif dipercayai dilanggar kenderaan lain.
Mari lah kita doa kan sahabat saya alif satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan moto di depan saya. Alhamdullilah semua baik2 pic.twitter.com/qsEWCTRmGb
— Wak Doyok (@Wak_Doyok) December 29, 2023
Artikel Berkaitan: “Semoga istiqamah” – Alif Satar Kongsi Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Mudah Bangun Solat Subuh
Namun, nasib baik keadaan Alif Satar tidak serius dan menurut pengurusnya, dia kini dipantau lanjut oleh doktor di sebuah pusat perubatan kerana khuatir jika ada sebarang kecederaan dalaman.

Difahamkan, Alif Satar pada ketika itu sedang motosikal jenis Vespa ketika kejadian berlaku.
Sama-sama kita doakan agar Alif Satar cepat sembuh.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



