Terlibat Dalam Kes ‘Burning Sun’, Jung Joonyoung Dilapor Akan Jadi Penerbit Lagu & Pindah Ke Luar Negara

EntertainmentMusic
23 May 2024 • 10:42 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Jung Joon-young dikatakan akan kembali dalam industri muzik.

Terbaru, media Korea melaporkan bahawa Jung Joon-young telah dilihat berjumpa dengan beberapa pegawai dalam industri muzik. Di mana, dia telah meluahkan hasratnya untuk meneruskan kerjaya sebagai penerbit lagu.

Malah, bekas penyanyi itu juga dikatakan sedar akan pandangan negatif orang ramai terhadapnya selepas skandal “Burning Sun”. Disebabkan itu, dia memilih untuk menyambung kerjaya sebagai penerbit lagu berbanding penyanyi.

Tidak berhenti di situ, Jung Joon-young juga dilapor sedang melakukan persediaan untuk berhijrah ke negara lain.

image is not available

Sementara itu, Jung Joon-young telah dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun diatas kesalahan melakukan serangan seksual dan merakam serta menyebarkan video hubungan seksualnya secara haram kepada rakan-rakannya.

Bekas penyanyi ini kemudiannya telah dibebaskan dari penjara pada Mac 2024.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.