Terlibat Dalam Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching, Suspek Kedua Ditahan Polis

27 Jan 2023 • 4:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek kedua mempunyai beberapa rekod jenayah lampau

Terlibat Dalam Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching, Suspek Kedua Ditahan Polis. Terkini, seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun kedai kopi di Jalan Stutong pada 24 Januari lalu sudah ditahan polis.

Ini susulan suspek pertama yang terlibat dalam kes sama ditahan polis pada 25 Januari lalu.

image is not available
Terlibat Dalam Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching, Suspek Kedua Ditahan Polis

Merompak pekerja dan salah seorang pelanggan

Menurut laporan, lelaki berusia 23 tahun itu didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan kes pecah rumah.

Awal minggu ini, dua lelaki bertopeng, seorang daripada mereka bersenjata, dilihat memasuki sebuah kedai kopi di Jalan Stutuong pada 24 Januari sekitar jam 7:30PM.

image is not available
Kredit: Facebook

Kejadian tersebut dirakam CCTV dan menunjukkan rompakan di kedai kopi terbabit, kemudian menjadi tular di media sosial.

Tiga individu dilihat berada di dalam premis semasa kejadian, iaitu seorang pekerja dan dua pelanggan duduk di meja berasingan.

Seorang suspek dilihat bertindak agresif, menyorong dan menghayun kerusi ke arah pekerja. Bimbang dengan keselamatannya, pekerja itu menyerahkan barang-barangnya.

image is not available
Kredit: Facebook

Walaupun pekerja berkenaan dilihat mengangkat tangan sebagai tanda menyerahkan diri, suspek terus menghayun kerusi plastik ke arah pekerja terbabit.

Salah seorang pelanggan pula turut dirompak suspek sebelum suspek melarikan diri menggunakan kereta.

Sebuah kereta dan barangan lain dirampas polis

Polis telah merampas sebuah kenderaan dan barangan lain yang digunakan suspek ketika melakukan rompakan semasa tangkapan suspek kedua.

Suspek pertama telah ditahan polis pada 25 Januari lalu dan didapati memiliki 7 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan mencuri.

Suspek kedua akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan Seksyen 397 Kanun sama kerana samun bersenjata atau dengan cubaan menyebabkan kematian atau cedera parah.

Lagi di sini: