Miliki 7 Rekod Jenayah, Suspek Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching Diberkas Polis

26 Jan 2023 • 1:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek berjaya diberkas dalam masa kurang dari 24 jam.

Miliki 7 Rekod Jenayah, Suspek Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching Diberkas Polis. Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong pada Selasa lalu, telah berjaya diberkas polis pada malam semalam.

Tangkapan telah dibuat oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

image is not available
Miliki 7 Rekod Jenayah, Suspek Samun Bersenjata Kedai Makan Di Kuching Diberkas Polis. Sumber foto: Facebook Bateri Kereta Kuching

7 rekod jenayah termasuk dadah dan curi

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan polis sekitar jam 9.30 malam tadi di Kuching.

Tangkapan berjaya dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam oleh pasukan JSJ IPD Kuching dan IPK Sarawak. Daripada siasatan awal, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah yang melibatkan dadah dan curi, kata beliau.

image is not available
Sumber foto: Facebook Bateri Kereta Kuching

Suspek direman bermula hari ini

Tambah beliau lagi, suspek akan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan Seksyen 397 Kanun yang sama kerana samun bersenjata atau dengan cubaan menyebabkan kematian atau cedera parah.

Dalam masa yang sama, Ashmon turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan orang ramai seperti yang dilihat dalam pelbagai komen di Facebook berhubung kes tersebut.

Beliau juga turut berkata bahawa pihak polis akan menyiasat jika suspek ini turut terbabit dalam kes jenayah lain juga.

Lagi cerita terkini buat anda di sini: