Terlibat kemalangan di Jordan, KPT pantau rapi empat penuntut Malaysia

10 Mar 2025 • 8:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Empat penuntut Malaysia yang terlibat dalam kemalangan di Jordan kini dalam pemantauan rapi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), melalui pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ).

Empat penuntut Malaysia terlibat kemalangan di Jordan

Menurut laporan Harian Metro, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan seorang mangsa memerlukan perhatian rapi pihak hospital manakala tiga dalam keadaan stabil.

“Mereka (EMJ) akan memaklumkan kepada kita dari semasa-semasa dan saya akan maklumkan nanti perkembangan keadaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown pada Ahad.

image is not available

Foto: Bernama

Pada masa sama, Zambry turut menzahirkan doa agar kesemua mangsa yang juga penuntut tahun satu pengajian Fiqh Wa Usul di Universiti Mu’tah berada dalam keadaan selamat serta diberikan kesembuhan segera.

Mangsa kemalangan di Jordan dapat perhatian KPT

Terdahlu, empat penuntut Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terbabit dalam nahas jalan raya di negara itu pada Jumaat lalu.

image is not available

Foto: EMJ

Difahamkan, dua daripada mangsa berasal dari Johor, manakala dua lagi masing-masing dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro (Siti Aminah Mohd Yusof), Facebook EMJ