Terliur Lihat Makanan Dalam K-drama? Ini 4 Hidangan Popular Yang Wajib Anda Cuba

Cooking
20 Nov 2023 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Annyeonghaseyo korang! 

Sebelum ini kami pernah kongsikan 4 pencuci mulut yang sangat popular di Korea Selatan yang wajib korang cuba.

Korang yang selalu tonton k-drama mesti terliur kan tengok hidangan yang dimasak dan dinikmati pelakon-pelakon berkenaan.

Jadi, kali ini kami akan kongsikan 4 hidangan popular yang pernah muncul dalam beberapa k-drama dan filem popular Korea Selatan.

Miyeokguk (Sup Rumpai Laut)

Miyeokguk merupakan sup rumpai laut yang kebiasaanya dihidangkan sewaktu menyambut hari lahir seseorang atau meraikan tahun baru.

Hidangan sup rumpai laut ini pernah muncul dalam beberapa k-drama antaranya Nevertheless, Hometown Cha Cha dan Goblin.

image is not available

Ia merupakan sebuah tradisi turun temurun sejak zaman Dinasti Goryeo di mana hidangan ini adalah simbolik penghormatan kepada ibu dan wanita selama beberapa bulan selepas bersalin.

Malah, hidangan ini amat sihat kerana dipenuhi dengan pelbagai nutrisi dan sangat senang untuk dimasak.

image is not available

Kalguksu and Bibim Guksu

Guksu perkataan Korea yang bermaksud mi dan ia melambangkan simbol panjang umur dalam kehidupan manusia.

Bagi korang yang menonton k-drama Start Up mesti pernah nampak dua hidangan ini kalguksu dan bibim guksu.

image is not available

Kalguksu adalah sebuah hidangan mi gandum yang dibuat sendiri dan mempunyai tekstur mi kenyal bersama sup tulang lembu.

image is not available

Kebiasaanya Kalguksu enak dinikmati sewaktu musim hujan manakala bibim guksu adalah mi pedas sejuk yang popuplar sewaktu musim panas.

image is not available

Sundubu Jjigae

Untuk pengetahuan korang, rakyat Korea Selatan sangat sukakan hidangan sup rebus panas.

Sundubu Jjigae merupakan hidangan harian yang kebiasaanya dinikmati oleh mereka pada waktu sarapan atau waktu makan malam.

image is not available

Hidangan utama dalam masakan ini adalah tofu lembut yang dimasak bersama pes gochujang (pes cili merah) dan stok ikan bilis.

Peminat k-drama sudah pasti pernah nampak hidangan sup tofu pedas, terutamanya dalam drama Itaewon Class yang dibintangi Park Seo-Joon.

image is not available

Jjapaguri

Korang yang pernah tonton filem popular Korea Parasite, mesti rasa nak cuba hidangan mi Jjapaguri kan?

image is not available

Sebenarnya hidangan ini sangat senang untuk dibuat hanya memerlukan dua jenis mi segera Korea iaitu Neoguri dan Jjapaghetti yang digabungkan serta bersama hirisan daging lembu.

Bolehlah korang buat hidangan mudah ini sambil tonton beberapa k-drama atau filem Korea kesukaan korang.

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jangan main-main dengan perasaan anak yang lama berpendam rasa.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media