
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa yang tidak kenal dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki?
Karakternya yang tegas namun penyayang dan prihatin terhadap pelajar insititusi pendidikan di bawah MARA sering mendapat perhatian ramai.
Lihat sahajalah apabila ada sahaja isu yang melibatkan pelajar, beliau lantang bersuara dan memastikan kebajikan pelajar terpelihara.
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Kompromi, You Touch You Go” – Tular Dakwaan Buli Di MRSM, Ini Respon Asyraf Wajdi
Baca Artikel Berkaitan: Huffaz Cemerlang SPM Dapat Keutamaan Tajaan Pengajian Luar Negara Di Bawah MARA – Asyraf Wajdi
Namun baru-baru ini, terserlah sisi lain beliau yang menunjukkan dia sama sahaja seperti lelaki lain yang bergelar suami.
Terlupa Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan, Komplot Dengan Pelajar Isteri Beri Kejutan
Sama seperti sesetengah suami yang sering terlupa tarikh penting dalam perkahwinan, begitu jugalah yang dialami oleh Asyraf Wajdi.
Gara-gara terlalu sibuk dengan kerja, dia terlupa tarikh ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta, Prof. Datin Dr Nurdiana Irwani Abdullah.
Apa yang menjadi perhatian adalah caranya memperbaiki kesilapan itu dianggap berbeza dan lain dari yang lain.
Manakan tidak, dia membuat kejutan hasil kerjasama dengan pelajar isterinya yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Memang terlupa sungguh tarikh ulangtahun perkahwinan hari ini (27 Mei). Jadi pagi-pagi ini saya curi-curi buka telefon isteri untuk dapatkan nombor-nombor telefon pelajarnya untuk atur konspirasi!
“Alhamdulillah dapat juga buat kejutan dengan menghantar jambangan bunga ros melalui pelajar-pelajar sejurus selepas isteri tersayang selesai menyampaikan kuliahnya di UIA,” kongsinya di Facebook.
Titip Ucapan Bermakna Buat Isteri & Nasihat Buat Para Suami Yang Sering Terlupa Tarikh Penting
Melalui perkongsian itu juga, Asyraf Wajdi turut menitipkan nasihat khusus buat para suami yang sering terlupa tarikh penting dalam perkahwinan.
“Buat suami-suami macam saya ni yang terlalu sibuk hingga terlupa tarikh-tarikh maha penting buat wanita bernama isteri seperti tarikh ulangtahun perkahwinan ni, kena pandai-pandailah beli balik jiwa isteri akibat salah sendiri,” tulisnya.
Malah, dia sempat menitip ucapan istimewa buat peneman hidupnya itu atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
“Kepada cintaku, selamat ulang tahun. Kekuatan, kesabaran dan kasih sayang awak yang tidak berbelah bahagi dalam membesarkan enam anak kita yang berharga sementara saya menunaikan kewajipan untuk ummah adalah sesuatu yang amat saya kagumi dan akan saya syukuri selama-lamanya.
“Awak adalah nadi rumah kami dan cahaya hidup saya. Semoga ALLAH terus memberkati perjalanan kita bersama,”katanya.
Sekadar info, Asyraf Wajdi dan Nurdiana Irwani mendirikan rumah tangga pada 27 Mei 2001.
Sepanjang perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam orang anak yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.
Memang terlupa sungguh tarikh Ulangtahun perkahwinan hari ini. Jadi pagi-pagi ini saya curi-curi buka telefon isteri…
Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Monday 26 May 2025
Pengguna Media Sosial Titip Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan ucapan kepada pasangan itu.
Malah, ada yang mendoakan agar hubungan mereka dirahmati dan berkekalan sehingga akhir hayat.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Alhamdulillah, Syukur & Tahniah Dr Asyraf Wajdi Serta Isteri, Semoga Allah Kurniakan Rahmat”

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Datuk & Datin, Semoga Sentiasa Dalam Keberkatan Allah SWT”

“Happy Anniversary Datuk & Datin. Kita Pula Yang Happy Bila Datin Dapat Bunga. Pandai Datuk Beli Jiwa”

“Semoga Kekal Hingga Jannah”

Baca Artikel Berkaitan: Mentua Sporting Buat Kejutan Pada Anniversary Perkahwinan, Netizen Luah Rasa Teruja
Baca Artikel Berkaitan: Suami Pakai Baju Melayu Jemput Isteri Balik Kerja Sempena Anniversary Ke-25 Buat Ramai Teruja [Video]
Source:


