Terminal MyDebit Kini Diaktifkan Di Plaza Tol Lebuhraya SPRINT

TechnologyDigital
17 Aug 2023 • 1:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya semakin banyak plaza tol dilihat akan hadir dengan terminal MyDebit sebagai alternatif kepada pembayaran tol lebuhraya. Selepas kami melihat ia diaktifkan di tol lebuhraya KESAS semalam, kami juga telah mendapati bahawa ia juga telah diaktifkan di satu lagi tol lebuhraya di Petaling Jaya.

image is not available

Plaza tol yang dikatakan ialah SPRINT, dimana kesemua lorong tol Touch’n’Go dilihat hadir dengan kaedah pembayaran kad debit tersebut. Apa yang menarik disini ialah tidak seperti tol lebuhraya MEX dan juga KESAS, pemasangan di tol SPRINT nampaknya dilakukan dengan cepat.

Saya menggunakan tol SPRINT ini untuk pulang ke rumah setiap hari, dan malam semalam merupakan kali pertama saya melihat terminal MyDebit ini dipasang di lorong tol tersebut. Ini memperlihatkan bahawa terminal tersebut boleh dipasang dan diaktifkan dengan cepat dan memberikan orang ramai cara yang lebih banyak untuk membayar tol.

Dengan ini ia diharap bahawa lebih banyak tol lebuhraya akan hadir dengan cara pembayaran ini supaya mereka tidak terhad kepada satu platform pembayaran sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved