Terokai Huawei AppGallery Dengan Huawei Nova Y90 Pada Harga RM999

Digital
8 Aug 2022 • 12:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2022 – Di samping pelancaran terbaharu HUAWEI nova Y90, AppGallery memperkenalkan tawaran baharu yang pengguna boleh nantikan. Kekal dengan komitmennya dalam menyediakan yang terbaik, AppGallery memaparkan pilihan aplikasi yang sentiasa memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup pengguna.

Pelbagai jenis aplikasi dalam gengaman

Daripada aplikasi yang dapat memenuhi keperluan harian dan memenuhi masa lapang ketika perjalanan, AppGallery mempunyai pelbagai tawaran serba boleh yang sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan penggunanya yang pelbagai.

  • Mengikuti trend terkini
    Berhubung dengan rakan, keluarga, atau orang tersayang anda dan ikuti berita selebriti terkini dari aplikasi sosial seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter.

  • Shopping dimana sahaja
    Membeli belah kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan AppGallery yang menawarkan pelbagai pilihan aplikasi eCommerce – dari aplikasi Carousell, Lazada, Shopee dan ZALORA. Pengguna tidak perlu lagi bimbang untuk bergelut dengan orang ramai di kedai fizikal atau beratur panjang ketika membeli-belah kerana semuanya boleh dibeli di hujung jari mereka melalui AppGallery.

  • Hiburan harian anda
    Memperkasakan pengguna dengan pilihan kandungan video pada peranti mereka melalui aplikasi seperti Netflix dan Astro GO, atau mendengar muzik dan podcast kegemaran mereka melalui Spotify, YouTube Music dan HUAWEI Music. Bagi peminat filem, aplikasi seperti Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas membolehkan pengguna menempah tiket dan menikmati rancangan terkini dengan mudah melalui HUAWEI nova Y90 mereka.

  • Untuk memeriahkan lagi hidup anda
    Sama ada untuk menambah kegembiraan dalam hidup anda, melegakan tekanan, atau untuk berhubung dengan pemain lain di seluruh dunia, AppGallery mempunyai pelbagai pilihan aplikasi permainan dari permainan multi-player online battle arena game (MOBA) hingga teka-teki dan permainan aksi. Dalam rangkaian MOBA AppGallery, permainan seperti Mobile Legends: BANG BANG dan Player Unknown Battle Ground (PUBG): MOBILE yang mendebarkan pasti akan menaikkan adrenalin semasa bermain. Untuk pemain yang lebih kasual, pengguna juga boleh mencari permainan arked yang popular seperti Candy Crush Saga dan Plant vs Zombies di AppGallery.

  • Berurus niaga tanpa dompet
    Pengguna tidak perlu risau apabila mereka tersalah letak dompet kerana AppGallery mempunyai e-wallet yang paling kerap digunakan dan aplikasi pembayaran tanpa sentuh seperti Touch ‘n Go eWallet dan Boost. Pengguna juga boleh mengakses aplikasi perbankan seperti Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, RHB Mobile, dan HLB Connect untuk menjejaki simpanan mereka dengan mudah atau menjalankan transaksi bank.

  • Penghantaran makanan pada bila-bila masa, di mana sahaja
    Rasa lapar di tengah malam? Atau hanya ingin menikmati hidangan tanpa perlu menyediakannya ? Memesan, membayar, dan menerima makanan tidak pernah lebih mudah dengan aplikasi penghantaran makanan seperti Grab Superapp, EASI dan Foodpanda yang tersedia di AppGallery.

  • Perancangan dan tempahan perjalanan yang mudah
    Dengan sempadan semakin dilonggar, pengguna kini boleh merancang percutian mereka seterusnya di telefon bimbit melalui pelbagai aplikasi yang tersedia untuk tiket, pengangkutan, dan tempahan penginapan di AppGallery. Akses mudah ke aplikasi tempahan hotel seperti Booking.com dan Agoda, aplikasi tempahan penerbangan seperti AirAsia, dan juga aplikasi peta yang didorong oleh komuniti, Waze yang akan membolehkan pemandu mengakses laluan terbaik dengan arah memandu yang tepat ke destinasi mereka.

Tersenarai sebagai stor aplikasi ketiga terbesar di seluruh dunia, AppGallery akan terus mengeluarkan aplikasi dan permainan baharu yang berkualiti tinggi ke platform untuk menawarkan pengalaman yang mendalam untuk pengguna.

Sekarang, pengguna yang membeli HUAWEI nova Y90 dapat item tersebut secara percuma:

  • Langganan Viu Percuma selama 6 bulan

  • Storan 50GB Tambahan di HUAWEI Cloud

  • Waranti Lanjutan 6 Bulan
  • Kotak Hadiah HUAWEI

Ketahui cara memuat turun aplikasi terkini:

Untuk maklumat lanjut mengenai AppGallery, HUAWEI Malaysia telah memperkenalkan pembantu AppGallery mereka , “Sophia” untuk menyediakan penyelesaian mengenai isu berkaitan HUAWEI Mobile Services (HMS) Apps. Pengguna hanya perlu menghantar mesej kepada “Sophia” tentang semua kebimbangan mengenai isu berkaitan HMS di +60 12 685 5652. Klik di sini untuk menghantar mesej kepada “Sophia” sekarang.

Ketahui lebih lanjut tentang HUAWEI nova Y90, sila layari: https://consumer.huawei.com/my/phones/nova-y90/