“Terpaksa akur kerana takut” – Budak 12 Tahun Diliwat 30 Kali Di Asrama Saudara Baharu

Entertainment
26 Dec 2023 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun pahit untuk ditelan, jenayah seksual terhadap kanak-kanak sangat merisaukan dan banyak berlaku di negara kita ini.

Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa pemuas nafsu serakah rakan sebilik di sebuah asrama lelaki saudara baharu yang terletak di Melaka Tengah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah memberitahu, kanak-kanak 12 tahun menyimpan rahsia hampir lapan bulan sebelum menceritakan perbuatan jijik suspek kepada bapanya pada Sabtu lalu.

image is not available
Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa mendakwa dia diliwat oleh suspek yang juga seorang penganggur, kejadian itu dikatakan berlaku sejak 14 Mei lalu pada jam 3 pagi.

“Mangsa mengatakan suspek mengejutkannya daripada tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwatnya tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokannya pada 2 pagi.

Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira 9 malam dan menyuruhnya meliwat suspek, kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.

Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas premis berkenaan,” katanya.

Kanak-kanak 12 tahun itu mendiamkan diri sepanjang berada di asrama tersebut kerana terlalu takut dan bimbang akan keselamatan dirinya sehinggalah hari Sabtu lalu kanak-kanak itu menceritakan perkara itu kepada bapanya di rumah mereka dan suspek juga ada di situ.

Suspek cedera dipukul bapa mangsa sebelum ditahan polis dari Balai Polis Tanjung Minyak.

“Siasatan awal mendapati mangsa anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.

Mangsa tinggal di asrama lelaki (saudara baharu) itu sejak April lalu bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita,” katanya.

Suspek kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.