Terpaksa Bawa Sebab Tak Ada Orang Jaga, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Anak Waktu Bapa Imamkan Jemaah

Entertainment
24 Oct 2023 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau dahulu, ada segelintir masjid yang menghalang kehadiran anak-anak kecil yang dikatakan mengganggu para jemaah untuk bersolat di masjid.

Namun situasi tersebut lama kelamaan makin berubah apabila masjid kini dillihat semakin mesra kanak-kanak untuk menggalakkan mereka belajar mengenai Islam seawal usia yang mungkin.

Imam terpaksa bawa anak ke masjid

Terbaru, tular satu video di TikTok memaparkan seorang imam, Yusuf Assiddiq dilihat membawa anak kecilnya ke masjid ketika dia bertugas sebagai imam pada waktu solat berkenaan.

Menurut Yusuf, dia terpaksa membawa anaknya kerana isteri pulang lewat dan tiada orang yang boleh menjaga anaknya itu.

Wife balik lewat, so terpaksa bawa si kecik ni. Takde sapa boleh jaga. Last minute takde imam lain yang ganti. So terpaksalah bawa.

“Ada yang minta video penuh. Terutama part kena kick tu. Ni yang ori punya. Sebelum solat dah pesan, Afeef solat tepi abi ye. Jangan lari-lari. Mula-mula je dia solat, lepas tu…” tulisnya.

@yusufassiddiq.as

Wife balik lewat, so terpaksa bawa si kecik ni. Takde sapa bole jaga. Last minute takde imam lain yang ganti. So terpaksa la bawak. Ada yang minta video penuh. Terutama part kena kick tu. haha. Ni yang ori punya. sebelum solat dah pesan, Afeef solat tepi abi ye. Jangan lari2. Yela. Mula2 je dia solat, pastu. Nahh.

♬ original sound – Yusuf Assiddiq As – Yusuf Assiddiq As

Namun apa yang menariknya, sebelum mengimamkan jemaah, Yusuf ada berpesan kepada anaknya, Afeef untuk solat di tepinya saja.

Namun perkara itu tidak bertahan lama selepas anak itu dilihat mula berlari dan berjalan ke sana ke mari ketika bapanya sedang mengimamkan jemaah.

Lebih menggelikan hati, anak itu juga dilihat memanjat belakang bapanya dan duduk di atas Yusuf ketika dia sedang duduk di tahiyat akhir. Sabar betul bapanya ya…

“Hebat masjid ni. Tidak menolak anak kecil”

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata seronok melihat gelagat anak kecil itu dan ramai juga yang memuji sikap jemaah masjid yang tidak menghalang kehadiran anak kecil di rumah Allah itu.

image is not available

Bijak anaknya, siap betulkan telefon lagi. Seronok tengok gelagat dia.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.