Terpaksa Buang Roti Canai Gara-gara Terkena Air Hujan Dari Atap Kedai, Kejujuran Pakcik Ini Dipuji Warganet

Entertainment
14 Oct 2023 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam dunia perniagaan, sudah semestinya akan ada cabarannya yang tersendiri. Sebab itulah bukan mudah nak jadi peniaga atau pemilik kedai kan.

Itulah yang terjadi kepada pakcik pembuat roti canai ini apabila dia terpaksa membuang doh roti canai dan termasuklah roti canai yang sedang digoreng di atas kuali kerana makanan tersebut dikatakan terkena air hujan dari atap kedainya.

Tindakan pakcik tersebut melakukan sedemikian telah menarik perhatian pengguna media sosial setelah dikongsikan di Facebook Kongsi Viral baru-baru ini.

 

Dalam video tersebut, dapat dilihat pakcik itu telah membuang roti-roti canai yang terkena air hujan dari atap kedai ke dalam tong sampah kerana roti canai tersebut telah tercemar.

Ini kerana kita tak tahu apa yang ada dekat atas atap kedai kan, manalah tahu kalau ada tahi burung ke kan, jadi untuk keselamatan perut pelanggannya, pakcik tersebut memutuskan untuk membuang roti canai tersebut.

Tindakan pakcik tersebut telah mendapat pujian daripada netizen kerana ramai yang memuji kejujuran pakcik itu dalam berniaga.

image is not available

image is not available

Ada juga yang berpendapat tindakan pakcik itu juga wajar kerana mereka mengatakan doh roti canai yang terkena akan rosak, jadi mungkin bila nak tebar tu nanti tak akan menjadi.

image is not available

Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar Allah S.W.T akan menggantikan rezeki lain yang lebih baik kepada peniaga roti canai tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.