Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

5 May 2023 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fazley Yaakob - Gambar Instagram Fazley Yaakob

Penyanyi yang kini bergelar usahawan dan selebriti Chef, Datuk Fazley Yaakob menganggap tindakan Allahyarham Ridzuan Hashim, 62, merahsiakan penyakitnya kerana takut kehilangan ‘job’ berlakon sebagai suatu yang pahit atau pedih untuk ditelan. 

“Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal? 

“Perkara ini harus dihentikan. Tolonglah sahabat-sahabat semua, jangan sampai pemergian mengejut rakan-rakan seindustri kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat job lagi,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya,” tulisnya. 

Dalam hantaran itu juga, Fazley berkata, mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur, apatah lagi jika ianya merupakan mata pencarian utama seseorang. 

“Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang ‘memberi job’, secara rahsia telah memberikan amaran “kalau dia ada penyakit jangan diberi job, nanti menyusahkan semua orang!”

“Wallahualam. Anda tidak rasakah, ini sangat memedihkan dan menyedihkan. Tapi, ia harus diubah," katanya. 

image is not available
Allahyarham Ridzuan Hashim dikatakan meninggal dunia akibat masalah jantung. - Gambar fail

Pada 4 Mei lalu, Allahyarham Ridzuan Hashim telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit jantung, pada jam 2 petang. 

Sebelum itu, arwah dilaporkan  pengsan di kediamannya di Bandar Tun Razak pada jam 11 pagi dan dikejarkan ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan. Beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Berita pemergian aktor senior berkaliber ini telah disahkan bekas isterinya, Didie Alias menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Didie juga memaklumkan bahawa arwah memang sengaja merahsiakan perkara itu kerana risau kehilangan ‘job’ berlakon. 

Hantaran yang dimuatnaik Fazley Yaakob itu mendapat banyak maklum balas daripada netizen yang rata-rata menganggap itulah realiti kehidupan bekerja di Malaysia. - Getaran, 5 Mei 2023