Terpaksa Redah Banjir Demi Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen

19 Nov 2022 • 1:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suasana di Pusat Mengundi Kampung Long Bemang ini menarik perhatian ramai.

Terpaksa Redah Banjir Demi Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen. Telah dilaporkan bahawa Kampung Long Bemang ini dilanda banjir yang agak teruk. Difahamkan juga bahawa keadaan kampung ini telah dilanda banjir sejak beberapa hari lepas lagi.

Walaupun keadaan banjir dalam jangka masa yang agak lama ini, ia tidak mematahkan semangat penduduk untuk turun dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat.

image is not available
Keadaan Pusat Mengundi SK.Long Panai, Kampung Long Panai. Sumber: Twitter @MySamudera

Ada juga terpaksa menaiki sampan untuk ke pusat mengundi

Gambar-gambar suasana di Pusat Mengundi Kampung Long Bemang ini telah tular di media sosial hingga meraih prihatin netizen, bahkan ada yang sanggup berbaris ketika dalam keadaan banjir. Manakala warga emas ada juga terpaksa menaiki sampan untuk ke pusat mengundi.

Walau bagaimanapun, telah dilaporkan bahawa proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan dilanda banjir di Parlimen Baram berjalan mengikut jadual walaupun beberapa pusat mengundi terpaksa dipindahkan selepas dinaiki air.

image is not available
Terpaksa Redah Banjir Demi Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen. Sumber: FB Kayanfm Miri

Polis berkolaborasi dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian PRU15 di bahagian itu berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri berkata Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib yg bertanggung jawab untuk kawasan Baram melaporkan, polis berkolaborasi dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian PRU15 di bahagian itu berjalan lancar.

image is not available
Sumber: FB Kayanfm Miri

Walaupun diuji dengan kediaman masih digenangi air susulan banjir, penduduk di penempatan rendah di sini, sanggup meredah bah untuk keluar mengundi, hari ini. Harap pemimpin yang bakal mengendalikan tempat ini memikirkan insiatif lain untuk mengelakkan tempat ini dilanda banjir lagi.

image is not available