"Terpaling Content!' - Demi Video Instagram, Remaja Cedera Parah Dilanggar Kereta Api

Entertainment
7 Sep 2022 • 4:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pada era media sosial, bermacam jenis content yang kita boleh dapat di pelbagai platform yang tersedia. Selain dari memudahkan kita untuk mencari informasi, ada juga yang menggunakan platform media sosial untuk mencari rezeki.

Dengan memuatnaik kandungan yang unik atau berani lebih mudah untuk viral. Secara tidak langsung, ia membuatkan anak muda masi kini berlumba-lumba untuk menjadi 'content creator'. Demi 'content' mereka sanggup bermain dengan nyawa.

Itu yang menimpa Akshay Raj, seorang remaja yang tidak ‘makan nasihat’. Akshay kononya hendak merakam satu video di mana beliau berjalan bersebelahan dengan landasan kereta api. Namun yang sebalik berlaku.

Aksi berani itu terbukti memakan diri beliau. Akibat impak perlanggaran itu, dia terpelanting dan dikejarkan ke hospital. Akshay telah mengalami patah tulang kaki dan kecederaan di muka. Ha lain kali beringat sikit, nak viral punya pasal sanggup buat benda yang sia-sia