“Terpaling laki call” – Ira Kazar Angkat Call Suami Ketika ‘Live’ Tapi Dikecam Netizen

Entertainment
7 Dec 2023 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Ira Kazar seakan semakin sepi di media sosial susulan beberapa gosip berkenaan rumah tangganya dengan pengarah tersohor tempatan, Syamsul Yusof.

Pun begitu, terbaru Ira Kazar dilihat ‘muncul’ semula selepas sekian lama menyepi dalam sesi live di TikTok kakaknya iaitu Melor Kazar.

Terdapat satu tangkap layar live tersebut yang dimuat naik oleh netizen memaparkan Ira secara tiba-tiba mengangkat panggilan telefon daripada suaminya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada penonton live tersebut.

“Sorry, sorry. Laki kita call, bye bye! Yang, ayang!” Jawabnya dengan nada manja.

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan komen netizen yang memberikan kecaman terhadap Ira Kazar.

Ramai yang merasakan Ira sengaja menjawab panggilan dari suaminya itu dengan nada manja dan menjerit agar semua orang boleh lihat kebahagiaannya. Tidak kurang juga ada yang berkata Ira sebenarnya ‘pura-pura bahagia’.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mencecah hampir 300K tontonan dan lebih 400 komen.

Hmm, doa je lah yang baik-baik guys…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.