“Terpaling suruh aku kawad” – Nama Kena Petik ‘Join’ PLKN, Imran Bard Dedah Pernah Join PKBM

Entertainment
3 Nov 2023 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melibatkan dua fasa.

Menurut laporan, program itu akan disasarkan kepada golongan belia yang berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Hal ini telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi topik hangat di media sosial.

Susulan itu, netizen mencadangkan beberapa nama pempengaruh untuk diberi peluang terlebih dahulu menyertai program tersebut dan salah seorang nama yang dicadangkan itu ialah Imran Bard.

Bagaimanapun, Imran Bard yang pernah tular video menunjukkan aksinya menyebut perkataan “gwenchana” tampil memberitahu bahawa dia terlebih dahulu pernah menyertai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

Pendedahan itu dibuat selepas membidas netizen yang menyuruhnya masuk PLKN untuk menjadi lebih ‘keras’.

“Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni juara kawad bersenjata ya. Setiap tahun pergi berkhemah dan berlatih tetap ‘lembut’ juga tak ada pun ‘keras’,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan reaksi terkejut dan kagum dengan pempengaruh berusia 22 tahun itu kerana pernah menyertai badan beruniform tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Pun begitu, Imran menerusi ruangan komen menyatakan bahawa dia tidak mengambil serius mengenai kata-kata netizen tentang dirinya.

Fuh, salute Imran Bard!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.