Terpancar kebahagiaan, Mizz Nina dan Essam serba putih sempena resepsi di Kuala Lumpur, berseri-seri pengantin baru

Entertainment
4 Sep 2023 • 8:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepi bersama pasangan, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam tadi selepas hampir tiga bulan bernikah.

Difahamkan, majlis persandingan tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.

image is not available

Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.

Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.

image is not available

Majlis tersebut juga turut dikongsikan rakan rapat Mizz Nina, Aliza Kim yang memuat naik foto pasangan pengantin bersama anak angkat Mizz Nina, Musa.

Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.

image is not available

Mizz Nina terdahulu berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.

image is not available

Mizz Nina dan Essam disatukan dalam ijab kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!