
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemahiran membuat roti canai khususnya dalam mencanai doh makanan tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah.
Malah kelas khas turut diadakan bagi mana-mana individu yang berminat untuk mempelajari kemahiran mencanai roti berkenaan.
Tak dinafikan bagi mereka yang lahir pada zaman 80-an sehingga 2000 juga pasti ada menonton cerita Lagi-Lagi Senario dan pernah meniru aksi pelakon Wahid yang cuba menebar roti canai ketika berada di dalam tandas menggunakan baju yang dibasuhnya.
Cerita tersebut sedikit sebanyak turut memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa skil untuk menebar roti canai bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan.
Aksi kanak-kanak buat roti canai terbang jadi perhatian
Baru-baru ini, seorang kanak-kanak telah menjadi perhatian ramai dengan aksi dan skilnya membuat roti canai terbang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Adik Terbang atau nama penuhnya Adli Nur Iman Ahmad di TikTok, awalnya kelihatan dia berada di hadapan kedai Warung Roti Canai Adik Terbang yang terletak di Manjung, Perak.
Tidak lama kemudian kelihatan dia menunjukkan aksinya yang boleh menebar roti canai dari meja ke meja pelanggan yang berkunjung ke kedai berkenaan.
Malah dia dilihat begitu bersahaja sambil melakukan aksi tersebut sambil tersenyu, kepada para pelanggan.
Apa yang lebih menjadi perhatian aksinya menebangkan roti canai sewaktu berada di kedai terbabit turut dirakam oleh pengunjung.
Bukan hanya itu, aksi itu dibuat tanpa gagal kerana doh tersebut dilihat terbang dan disambut dengan baik olehnya tanpa tersasar kepada pelanggan.
@adikterbang3 TERIMA KASIH SEMUA NYA HADIR SARAPAN PAGI.. #fypツviral ♬ original sound – Lan Pet Pet
Mula belajar menebar sejak berusia 7 tahun
Selain itu, Adli juga pernah memasuki berita TV3 dan TV9 dengan aksinya menebar roti canai serta berkongsi bagaimana dia mempraktikan skil tersebut.
Kata Adli, kemahiran dimiliknya itu adalah untuk membantu bapa menebar roti canai serta menghiburkan hati pelanggan.
Menurut laporan itu, kanak-kanak berkenaan belajar menebar roti canai daripada bekas pekerja bapa. Malah dia hanya mengambil masa selama dua bulan untuk mempelajari menebar roti tersebut.
Jelas Adli lagi, dia mula menebar berusia tujuh tahun dan pada usia lapan tahun pula dia mula menerbangkan roti canai.
FOLLOW AKAUN BARU SAYA.. adikterbang3..TERIMA KASIH.. #fypシviral #fyppppp
@adikterbang3 FOLLOW AKAUN BARU SAYA.. TERIMA KASIH.. #fypシviral #fyppppp ♬ bunyi asal – Adik terbang3
Turut kongsi video skil tebar roti canai untuk dihidang kepada pelanggan
Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik dalam video berkenaan, Adli turut berkongsi bagaimana dirinya menebar dan memasak roti canai untuk pelanggannya.
@adikterbang3 SAYA ADA WAKTU CUTI SEK AJA..MAI LA.. #fypツviral ♬ Senario_Cari Tapak – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Meskipun masih muda dan dipercayai pelajar tahun empat di sebuah sekolah rendah namun Adli dilihat begitu berbakat dan menggunakan kemahiran dimiliki untuk menjana pendapatan.
Malah kanak-kanak ini turut meminta orang ramai yang berkunjung ke Manjung untuk datang ke kedai bagi menikmati roti canai yang dibuatnya.
@adikterbang3 PELANGGAN MINTA ROTI CANAI DI KOYAK-KOYAK..
♬ Satu – SM Salim & Zainal Abidin
Melihat di ruangan komen, ramai yang tertarik dengan kemahiran dimilik oleh si cilik ini malah ada juga yang memintanya untuk mengajar mereka menebar roti canai.
Bukan hanya itu ada yang kagum kerana meskipun diterbangkan beberapa kali namun doh roti berkenaan dilihat langsung tidak terkoyak.
Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan mengaitkannya dengan cerita Lagi-lagi Senario seperti bertanya adakah dia juga berlatih di dalam bilik air.
Bahkan ada yang bertanya adakah si kecil ini berlatih dengan pelakon senario untuk menebar roti canai berkenaan.
“Kalau setakat macam ni, aku pun tak reti”

“Boleh pula roti tu macam tu je ya, tak terkoyak ke kalau aku dah hancur agaknya.”

“Terpegun akak dik, ingatkan dalam movie Senario je boleh buat begitu”

“Adik belajar dengan Senario ke? Dulu akak tengok Senario saja, roti canai terbang”

