Tersergam Indah, Kenali Masjid Ali Yang Diiktiraf UNESCO

WorldTravel
25 Sep 2024 • 9:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tersergam Indah, Kenali Masjid Ali Yang Diiktiraf UNESCO

Menjelajah ke luar negara menjadikan kita sedar akan keindahan sebenar alam semesta. Begitu juga dengan keindahan binaan manusia yang pelbagai. Bermula dari binaan zaman purba yang ditemui, hingga kepada binaan zaman moden.

Antara nama binaan terkenal di Timur Tengah yang biasa kita dengar ialah Petra di Jordan, Masjid An Nabawi di Madinah, Piramid Agung Giza di Mesir, dan Masjid Biru di Turki. Kesemua binaan ini mempunyai seni dan kecantikan yang menjadi buah mulut para pengunjungnya.

Tetapi, jika sebut nama negara Iraq, dapatkah anda terfikir apa-apa nama bangunan terkenal di sana?

Kali ini, SK ingin kongsikan kepada anda keindahan dan kesenian yang ada di negara Hammurabi ini.

Terletak di Iraq, sebuah masjid tersergam indah dengan keunikan binaan dan hiasan dalaman yang begitu mempesona. Masjid Ali di Najaf, Iraq merupakan salah sebuah masjid yang diiktiraf United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai salah satu tapak bersejarah.

Dari luar, masjid ini nampak seperti ‘disimbah’ dengan emas, menjadi penanda seperti pintu gerbang ke alam yang lain.

image is not available
Kredit: UNESCO

Menurut beberapa sumber, kubah masjid ini dibina menggunakan 7,777 bata bersalut emas dengan dua menara yang juga diperbuat daripada 40,000 jubin emas. Gerbang masuk juga sebenarnya bersalut emas.

Umpama melangkah ke alam fantasi, pengunjung disambut dengan kilauan emas, berlian dan batu delima.

image is not available
Kredit: Seif Salem

Bukan itu sahaja, kilauan daripada mozek kaca dari atas kubah menjadikan bumbung masjid ini sangat mengasyikkan. Mozek kaca itu berfungsi sebagai pemantul cahaya namun disebabkan susunannya, ia tidak langsung membuatkan para pengunjung menjadi silau.

image is not available
Kredit: Seif Salem

Melihat pantulan cahaya di dinding masjid ini mengingatkan kepada istana bunian, Lothlórien dalam filem Lord of the Rings yang dimiliki oleh Galadriel.

image is not available
Kredit: UNESCO