Tersilap padam perbualan di WhatsApp? Guna butang Undo ini untuk kembalikannya semula

Digital
20 Dec 2022 • 12:04 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ketika gunakan WhatsApp, pernah tak anda alami situasi nak tekan Delete for Everyone di dalam mesej, tapi tertekan Delete for Me? Jika pernah, mesti rasa panik lebih-lebih lagi jika mesej itu sangat penting untuk di padam.

Namun jangan risau, perkara itu tidak akan terjadi lagi sebab WhatsApp telah perkenalkan ciri undo untuk tindakan Delete for Me. Selepas anda padam perbualan itu, akan ada mesej pop-up timbul selama lima saat yang membolehkan anda kembali dengan perbualan asal. Ia tersedia untuk mesej individu dan juga kumpulan. Ciri ini secara tidak langsung akan memudahkan anda menggunakan pilihan Delete for Everyone pada bila-bila masa yang anda perlu.

Ciri baru ini tersedia untuk semua pengguna Android dan iOS. Saya sudah cuba gunakannya dan ternyata mesej Delete for Me yang saya padam memang dikembalikan setelah tekan undo. Tapi ingat, ia perlu dilakukan cepat sebab butang undo hanya ada dalam tempoh 5 saat sahaja.

image is not available

[Sumber: Techcrunch]