Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut

19 Aug 2024 • 11:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gara-gara tertekan dengan tekanan daripada siniornya, seorang doktor pelatih wanita 30 tahun membunuh diri apabila dia menyuntik dirinya menggunakan ubat bius hingga maut.

Dia ditemui di bilik tidur sewanya kira-kira jam 11 malam apabila doktor berkenaan dikatakan gagal dihubungi teman lelakinya sejak pagi lagi.

Disebabkan gagal mengesan teman wanitanya itu,lelaki tersebut cuba meminta bantuan rakan doktor berkenaan untuk memeriksa bilik kekasihnya itu.

Ketika pintu diketuk, pintu Allahyarhamah gagal dibuka sehingga rakannya cuba mendapatkan bantuan tukang kunci.

Menyayat hati, ketika pintu berjaya dibuka, rakannya turut menjumpai dairi harian simati yang penuh dengan luahan tekanan menjalani latihan perubatan di institusi kesihatan yang dijalani doktor pelatih berkenaan.

Ini termasuklah tekenan berdepan karenah para sinior yang sering mengeluarkan arahan-arahan rumit.

BERITA TRENDING :

BERITA TRENDING :





Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved