Tertembak rakan, dua lelaki sorok mayat sehingga reput - Polis

12 Jul 2026 • 7:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tertembak rakan, dua lelaki sorok mayat sehingga reput - Polis
Dua lelaki sanggup menyembunyikan mayat mangsa di kawasan semak sebelum perbuatan itu terbongkar susulan laporan polis dibuat ahli keluarga berhubung kehilangannya.
Image from: Tertembak rakan, dua lelaki sorok mayat sehingga reput - Polis
Lokasi kejadian mayat mangsa disembunyikan rakannya sendiri selepas maut tertembak di kawasan semak.

SIPITANG - Panik selepas rakan tertembak ketika berburu, dua lelaki sanggup menyembunyikan mayat mangsa di kawasan semak sebelum perbuatan itu terbongkar susulan laporan polis dibuat ahli keluarga berhubung kehilangannya.

Mayat lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemukan dalam keadaan mula mereput di kawasan hutan Kampung Takula, dekat sini, beberapa hari selepas kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda berkata, pada awalnya polis menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang tidak pulang selepas keluar bersama dua rakannya.

**media[3580221]**

"Kes dibuka pada Selasa sebagai kes orang hilang selepas ahli keluarga memaklumkan mangsa keluar pada Jumaat (3 Julai) bersama dua lagi rakannya.

"Pada awalnya mereka dikatakan keluar untuk memancing. Dua rakannya pulang pada Ahad, namun mangsa tidak pulang sehingga Selasa, menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut membawa kepada maklumat bahawa mangsa dipercayai tertembak ketika memburu.

"Jumaat lalu, polis menahan dua rakan mangsa sebelum mereka membawa pasukan polis ke lokasi mayat disembunyikan di kawasan semak.

"Mayat ditemukan dalam keadaan mula mereput. Siasatan awal mendapati suspek bertindak menyembunyikan mayat kerana panik dan takut selepas mangsa maut akibat tertembak," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang juga berusia lingkungan 50-an direman bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas dua laras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk daripada suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved